Dec 10, 2009

bersalah kah saya..

sudah agak lama saya tidak mencoret di blog saya. memang terlalu sibuk dengan kerja seharian dan business menjual Dr. backbone lumbar support . penerangan lanjut tentang itu, akan saya ceritakan kemudian.

kisah pada kali ini tercetus apabila saya menonton cerita Upin-Ipin the movie sebentar tadi pada ketika makhluk kecil memeluk rajoo dimana semua org terharu serta menangis. bila melihat keadaan yang penuh terharu dan sedih, saya terus merasa sebak bukan kerana adegan peluk antara makhluk dan rajoo, tapi kesedihan yang jelas ternampak serta air mata yang mengalir pada bekas guru taska (Cikgu Ayu) di taska lama Lomoi kira-kira jam 9 ++ malam tadi.

Sejak berumur 2 bulan hingga 30.11.09 (kira setahun 4 bulan), kami menghantar lomooi di sebuah taska di taman u atas cadangan rakan saya. Sejak dari itu, lomoi telah dijaga oleh Cikgu Ayu dan beberapa org cikgu lain. Kami memang tidak terlalu berkira dengan cikgu-cikgu di taska ini. Semakin hari, lomoi semakin rapat dengan Cikgu Ayu dan cikgu2 yang lain (antaranya Cikgu Liza) sehingga dia menjadi 'blue eye boy' di taska tersebut di sebabkan kepetahan dia (papai..nak, emmuuaahhh.. salam.. - antara perkataan yg kerap di sebutkan oleh lomoi).

Di taska lama lomoi, penjagaan yang diberikan adalah sgt bagus, cuma apa yang saya kurang lihat adalah dari segi pengisian ilmu. Walaupun demikian, lomoi berjaya menyebut A,B,C... 1,2,3, (english dan melayu) seawal umur 1 tahun ++ berkat ajaran Cikgu Ayu dan cikgu2 lain.

Pada awal bulan 11, 2009, saya ternampak banner sebuah taska berhampiran rumah baru kami. Dari iklan yang saya lihat itu, saya tertarik untuk menghantar lomooi ke situ. Namun, saya harus melihat dulu taska itu. Hasrat itu saya sampaikan n bincangkan dengan bonda. Respon awal dari bonda ialah bonda agak keberatan untuk memindahkan lomoi. Saya cuba yakinkan dengan berkata pembelajaran lomoi adalah lebih penting. Kami bersetuju untuk melihat taska baru. setelah melihat taska baru dan berbual dengan tenaga pengajar di situ, kami bersetuju untuk memindahkan lomoi.

Tanggal 25.11.09 (hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-3), kami dengan perasaan berat hati memaklumkan pada Cikgu Ayu dan Cikgu Liza tentang niat kami untuk memindahkan lomoi. Mereka maklum tentang perkara itu walaupun pada wajah mereka agak berat untuk menerimanya. Masa yang di nanti oleh Cikgu Ayu dan Cikgu Liza tiba bila kami datang untuk megambil lomoi pada 30.11.09. Jelas dan nyata yang mereka terlalu keberatan untuk membenarkan perkara ini berlaku. Selama lebih setahun 4 bulan mereka menjaga lomoi, sehingga lomoi pandai menadah tangan untuk berdoa, baca 1,2,3.. , A,B,C, serta sebutan-sebutan dan pergerakn asas yang lain. Kami yakin yang lomoi telah di anggap sebagai anak mereka sendiri. Walaupun berat, mereka terpaksa merelakan kerana ketetapan telah tertulis. Air mata jelas kelihatan di mata mereka.

Malam ini, lebih kurang jam 9 lebih, kami membawa lomoi ke taska lama dia untuk mengajar dia agar tidak melupakan tempat awal dia membesar. Apabila melihat kelibat lomoi, Cikgu Ayu (Cikgu Liza tiada, bercuti) terus menjerit nama 'Muhammad..., teacher rindu kat Muhammad..' sambil menitiskan air matanya.. (samakan ngan adengan upin dan ipin yang saya cerita di atas?)

'Teacher rindu kat Muhammad, waktu makan pun teacher ingat Muhammad..' , 'Muhammad, teacher rindu Muhammad tau...' , itulah antara dialog yang kami dengar. Walaupun lomoi menangis bila Cikgu Ayu ingin memeluknya. (sebenarnya, lomoi seperti agak trauma sekarang bila kami ingin menghantarnya ke taska pada setiap pagi).

saya yang melihat adengan tersebut, turut merasa sedih dan sebak. tanpa disedari, air mata pun turut bergenang. tatkala itu jugak saya terfikir yang tindakan saya memindahkan lomoi demi untuk ilmu dan masa depannya. bersalahkah saya?

Ya Allah, niat di hatiku hanyalah untuk memberikan yang terbaik untuk anakku. Aku tidak berlaku zalim terhadap sebuah hubungan 'ibu & anak'. Aku tidak terfikir untuk mengajar Muhammad melupakan siapa yang menjaganya sejak dari 2 bulan hingga hari terakhirnya di situ. Ya Allah, bersalahkah aku?

5 comments:

zen non said...

x patut bro...budak2 pun ada perasaan gak..

Didie said...

relax ler ruam. for god sake, he's only 2!! kasi lomoi main2 dulu. yang penting dia happy.

salehuddin said...

among the most commonly misperception among parents is that they can make their children better academically when exposed to structured teaching from early age. It is NOT the true way..
playing IS among the best teacher for kids during toddler age group..
dont torture kids by asking them to learn all kind of 'academic' thing when they are actually suppose to play..

niefeng said...

hahahhaa
rasanya mana2 tempat pun sama la, bdk 2 thn apa dia tahu, anak2 aku sekrang 3 tahun pun tak reti ABC lagi, masuk 4 tahun baru aku nak hantar ke tadika, tu pun aku harap dia berkawan aje, blaja no 2 la, bukan apa sgt pun, aku cuma risau sbb dia duk kat rumah tak berkawan aje. cuma kelakar la tadika tempat aku nak hantar ni, ingat 4 tahun biasa2 aje, siap ada buku rekod, adoiii,

zahidah seran said...

lomooi kecik lagi la encik. umur macam tu,dunia pembelajarannya ialah thru bermain, dan explore apa di sekelilingnya.

btw, aku guna Dr Backbone sejak pregnant Iman, heheh.

Powered By Blogger