Dec 10, 2009

bersalah kah saya..

sudah agak lama saya tidak mencoret di blog saya. memang terlalu sibuk dengan kerja seharian dan business menjual Dr. backbone lumbar support . penerangan lanjut tentang itu, akan saya ceritakan kemudian.

kisah pada kali ini tercetus apabila saya menonton cerita Upin-Ipin the movie sebentar tadi pada ketika makhluk kecil memeluk rajoo dimana semua org terharu serta menangis. bila melihat keadaan yang penuh terharu dan sedih, saya terus merasa sebak bukan kerana adegan peluk antara makhluk dan rajoo, tapi kesedihan yang jelas ternampak serta air mata yang mengalir pada bekas guru taska (Cikgu Ayu) di taska lama Lomoi kira-kira jam 9 ++ malam tadi.

Sejak berumur 2 bulan hingga 30.11.09 (kira setahun 4 bulan), kami menghantar lomooi di sebuah taska di taman u atas cadangan rakan saya. Sejak dari itu, lomoi telah dijaga oleh Cikgu Ayu dan beberapa org cikgu lain. Kami memang tidak terlalu berkira dengan cikgu-cikgu di taska ini. Semakin hari, lomoi semakin rapat dengan Cikgu Ayu dan cikgu2 yang lain (antaranya Cikgu Liza) sehingga dia menjadi 'blue eye boy' di taska tersebut di sebabkan kepetahan dia (papai..nak, emmuuaahhh.. salam.. - antara perkataan yg kerap di sebutkan oleh lomoi).

Di taska lama lomoi, penjagaan yang diberikan adalah sgt bagus, cuma apa yang saya kurang lihat adalah dari segi pengisian ilmu. Walaupun demikian, lomoi berjaya menyebut A,B,C... 1,2,3, (english dan melayu) seawal umur 1 tahun ++ berkat ajaran Cikgu Ayu dan cikgu2 lain.

Pada awal bulan 11, 2009, saya ternampak banner sebuah taska berhampiran rumah baru kami. Dari iklan yang saya lihat itu, saya tertarik untuk menghantar lomooi ke situ. Namun, saya harus melihat dulu taska itu. Hasrat itu saya sampaikan n bincangkan dengan bonda. Respon awal dari bonda ialah bonda agak keberatan untuk memindahkan lomoi. Saya cuba yakinkan dengan berkata pembelajaran lomoi adalah lebih penting. Kami bersetuju untuk melihat taska baru. setelah melihat taska baru dan berbual dengan tenaga pengajar di situ, kami bersetuju untuk memindahkan lomoi.

Tanggal 25.11.09 (hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-3), kami dengan perasaan berat hati memaklumkan pada Cikgu Ayu dan Cikgu Liza tentang niat kami untuk memindahkan lomoi. Mereka maklum tentang perkara itu walaupun pada wajah mereka agak berat untuk menerimanya. Masa yang di nanti oleh Cikgu Ayu dan Cikgu Liza tiba bila kami datang untuk megambil lomoi pada 30.11.09. Jelas dan nyata yang mereka terlalu keberatan untuk membenarkan perkara ini berlaku. Selama lebih setahun 4 bulan mereka menjaga lomoi, sehingga lomoi pandai menadah tangan untuk berdoa, baca 1,2,3.. , A,B,C, serta sebutan-sebutan dan pergerakn asas yang lain. Kami yakin yang lomoi telah di anggap sebagai anak mereka sendiri. Walaupun berat, mereka terpaksa merelakan kerana ketetapan telah tertulis. Air mata jelas kelihatan di mata mereka.

Malam ini, lebih kurang jam 9 lebih, kami membawa lomoi ke taska lama dia untuk mengajar dia agar tidak melupakan tempat awal dia membesar. Apabila melihat kelibat lomoi, Cikgu Ayu (Cikgu Liza tiada, bercuti) terus menjerit nama 'Muhammad..., teacher rindu kat Muhammad..' sambil menitiskan air matanya.. (samakan ngan adengan upin dan ipin yang saya cerita di atas?)

'Teacher rindu kat Muhammad, waktu makan pun teacher ingat Muhammad..' , 'Muhammad, teacher rindu Muhammad tau...' , itulah antara dialog yang kami dengar. Walaupun lomoi menangis bila Cikgu Ayu ingin memeluknya. (sebenarnya, lomoi seperti agak trauma sekarang bila kami ingin menghantarnya ke taska pada setiap pagi).

saya yang melihat adengan tersebut, turut merasa sedih dan sebak. tanpa disedari, air mata pun turut bergenang. tatkala itu jugak saya terfikir yang tindakan saya memindahkan lomoi demi untuk ilmu dan masa depannya. bersalahkah saya?

Ya Allah, niat di hatiku hanyalah untuk memberikan yang terbaik untuk anakku. Aku tidak berlaku zalim terhadap sebuah hubungan 'ibu & anak'. Aku tidak terfikir untuk mengajar Muhammad melupakan siapa yang menjaganya sejak dari 2 bulan hingga hari terakhirnya di situ. Ya Allah, bersalahkah aku?

Nov 14, 2009

sepetang di pandan indah..!

dah lebih 4 tahun saya pakai kereta saya. hari ini, bila saya smpai kl, tetiba kereta jadi lembab, air cond tak sejuk, lampu jam jadi malap, radio jadi berhantu (kejap ader, kejap takder). hati jadi takut dan cemas, isteri pun sama, anak tak tahu apa. sampai pandan indah, saya berhenti kat satu kedai tayar tuk tanya apa masalah kereta saya (terpaksa keluar ikut tingkap sbb central lock pun tak leh buka). rupanya alternator yg dah rosak. mmg patut rasanya sbb saya dah lama pakai alternator ni. tanpa mempunyai pilihan yang banyak, saya menggantikannya.

selagi saya masih waras dan mempunyai ingatan yg kuat, akan saya ingat kedai tayar dan kedai spare part yg berdekatan di pandan indah ini.

Terma kasih kepada Yang Esa di atas hadiah yg diberikan.

sepetang di pandan indah yang indah..!

Nov 13, 2009

Happy b'day abg khir..!

Allah selamatkan kamu..

Allah selamatkan kamu..

Allah selamatkan abg khir..

Allah selamatkan kamu..

Happy b'day to abg khir, my nephew. he is now 6 years old. May he become an obidient slave and soleh son.

abg khir, skang awak dah besar, jgn nangis2 lagi lebih2 lagi kalau bermain ngan LOMOI (sbb LOMOI ni tak padan kecil, suka buli..!)

Nov 8, 2009

belajar muhasabah diri

dalam satu kos (course) yang saya pergi baru-baru ini, pihak tenaga pengajar telah menggalakkan kita berlaku sebaik yang mungkin dengan semua orang. pesan mereka, ingatlah bahawa target hidup kita adalah berjumpa dengan Maha Pencipta Alamraya ini.

sebgai contoh, sekiranya berlaku sesuatu pertelingkahan, cuba sehabis baik untuk kita muhasabah diri, kenapa perkara itu berlaku. sehabis baik. adakah ini disebabkan kisah hidup kita di masa lalu? atau cara kita berkomunikasi dengan sesama manusia? atau balasan atas apa yang kita pernah buat?

saya sedang berusaha untuk melakukan.

Nov 7, 2009

salutation

this post i dedicate special to my friend who is 6-7 months pregnant and has 3 years old son. i truly dedicate this post to her because with her current condition, she has to be a single mother while her husband working at east malaysia and far away from her. she also has to handle the business alone here in west malaysia. this can be noticed from her character and face. she is really a though woman, wife, and mother n businesswoman.

my pray to her, may she become an obidient slave, solehah woman and always be a good fighter.
Puan AR, i salute u..!
Powered By Blogger