Showing posts with label Klausa WAHID. Show all posts
Showing posts with label Klausa WAHID. Show all posts

Aug 19, 2014

First Bus Trip : Skudai-BP


Salam. Picture taken on when we reached Batu Pahat (stopped at Petronas Taman Koperasi) on our first trip using Bus. Ulwan Akhwan too happy but they just slept almost an hour and no chance for sightseeing the scenery on our way to Bee Pee. The only woke up a few minutes before we stopped at Petronas (see their face expression. :D )


We had taxi to transport us from our resident to Sri Puteri Bus Stop at Skudai.

I am happy for this!

Alhamdulillah.

Oct 3, 2013

Si Kaya Yang ‘Dimiskin’ Oleh Hartanya

يا مقل بل قلوب...

Percaya tidak, acap kali apabila harta bertambah, kita seolah-olah rasa bertambah ‘miskin’. Apabila mendapat bonus atau naik gaji misalnya, tiba-tiba semakin banyak yang kita inginkan. Kita merancang untuk membeli kereta baru, menukar perabot baru dan lain-lain. Keinginan kita menjadi semakin besar dan bertambah.

Akhirnya duit yang bertambah menjadi susut akibat keinginan yang meningkat. Sungguhnya, orang yang miskin, bukan kerana kekurangan harta tetapi mereka yang banyak keinginan! Itulah akibatnya apabila bukan iman yang mengendalikan hidup kita.

Diri kita akan hilang kendali seumpama kereta hilang brek dan tiada kawalan. Kita masih mencari dan terus mencari kemewahan dunia sedangkan usia sebenar semakin singkat dan pertemuan kita dengan Allah semakin dekat. Hati kita tidak pernah kita gilap sebab kita masih ghairah memburu harta yang tidak ada kesudahan dan penghujungnya. Tidak salah memburu harta, burulah. Namun ingat, itu cuba alat, bukan matlamat.

Berhati-hatilah menjaga hati. Jangan pemburuan yang dahsyat itu sampai menjejaskan kesihatan hati kita. Jika dapat, bersyukur. Jika gagal, bersabar. Jangan sekali-kali, apabila harta bertambah, kita jadi semakin kufur dan takabbur. Jangan juga apabila gagal memilikinya, kita rasa putus asa dan kecewa. Sungguh, kufur, takabbur, putus asa dan kecewa itulah parasit yang akan menghilangkan ketenangan di dunia dan akhirat.

Dalam pengalaman hidup kita tentu pernah melihat penghuni rumah besar tetapi hatinya sempit. Air mukanya muram, mudah marah dan pantang terusik, mudah marah dan melenting. Apabila kita bertamu di rumah, layanannya layu dan kemesraan dibuat-buat. Dia sentiasa memonopoli perbualan. Makan dan minum yang dihidangkan, bukan dari hatinya. Semuanya kaku oleh basa-basi yang dicorakkan adat dan kebiasaan semat-mata. Ironinya, si kaya kehilangan ‘sentuhan kemanusiaan’ di rumahnya yang lapang, akibat jiwanya yang terhimpit. Namun, lihat betapa ada si miskin yang begitu ceria melayan kita. Rumahnya sempit tetapi ahli keluarganya mempunyai hati yang lapang. Dengan penuh senyuman, kemesraan dan kasih sayang yang sudah serasi dengan jiwanya itulah dia melayan kita. Dia tidak mengajak orang kagum dengan rumah besar yang tidak dimilikinya, tetapi sebaliknya dia ‘membesarkan’ jiwa dan hati tetamu yang sedang diraikannya. Di rumah yang kecil, terasa luas apabila penghuninya punya ketenangan.

Jiwa kita akan disapa ketenangan oleh tuan rumah yang punya ketenangan. Dia mungkin tidak punya harta, tetapi kaya ilmu dan akhlak. Sikapnya yang sangat suka memberi menyebabkan kita terhibur. Dia memberi senyuman, nasihat, doa dan kata-kata yang mesra. Sungguh, yang baik akan sentiasa kelihatan cantik!

Betapa kita pernah mendengar keluhan, dulu tangan-tangan sering berjabat salam, solat berjemaah dan zikrullah sentiasa bergetar di dalam rumah yang sederhana tetapi apabila rumah bertambah luas, harta bertambah, perabot sudah bertukar dengan yang mahal-mahal, solat jemaah, bacaan Al Quran dan jabat salam yang dulunya menjadi basahan, kini sudah semakin kurang kedengaran dan segala-galanya menjadi semakin tawar dan longgar. Benarlah sabda Nabi Muhammad S.A.W bahawa kaya hati adalah kaya sebenar, bukan kaya harta.

Orang yang memiliki hati yang begitu, cukup dengan yang sedikit, pemurah dengan yang banyak. Para sahabat Rasulullah ada yang dipuji kemurahan hatinya walaupun miskin hartanya. Sehingga apabila tetamu datang, dikecilkan cahaya lampu rumahnya agar tetamu dapat makan dengan secukupnya sedangkan dia dan ahli keluarga pura-pura sama memakan makanan yang sedikit itu di dalam cahaya yang samar-samar. Sebaliknya sikaya yang kaya harta tetapi miskin jiwa itu sentiasa rasa tidak puas sehingga tega menindas.

Hartanya sudah lebih dari cukup, tetapi dia terus memeras keringat orang lain untuk menjadi lebih kaya. Jika dia memberi, dia memberi dengan muslihat untuk mendapat lebih banyak. Kalau dulu dia punya masa untuk sahabat dan saudara, tetapi kini dia diburu kesibukan yang tidak sudah-sudah.

Dulu harta yang cukup, sekarang hartanya tidak cukup-cukup. Tanpa sedar, si kaya yang sedemikian sedang menyusuri jalan Qarun. Jika Qarun ditenggelamkan dalam Laut Mati tetapi pengikut-pengikut Qarun akan ditenggelamkan dalam hati yang mati.

Hati yang mati sentiasa diburu kesedihan dan ketakutan. Sedih kerana ditinggalkan saudara, sahabat malah oleh anak-anak dan isteri sendiri. Apa tidaknya, siapa yang suka berdamping dengan orang yang sentiasa sibuk, fikirannya sentiasa di tempat lain dan jiwanya yang sentiasa bimbang dan gelisah? Dunia moden menamakan mereka orang yang produktif, tetapi hakikatnya mereka orang yang sakit! Sungguh, alangkah azabnya punya hati yang sedemikian. Hati yang hilang rasa ingin membantu orang lain, hati yang sukar untuk empati kepada kesusahan orang sekeliling, hati yang sudah hilang nikmat persaudaraan dan persahabatan.

Orang yang cuba menukar kualiti jiwa dengan kuantiti harta pasti menderita. Dari Anas bin Malik r.a diriwayatkan Rasulullah S.A.W pernah bersabda: “Anak Adam yang telah pikun (nyanyuk) dan masih menginginkan dua hal; menginginkan harta dan menginginkan panjang usia.” (riwayat Muslim).

Lihat diri kita dan lihat manusia di sekeliling kita, betapa ramai sahabat, saudara, pemimpin, ahli agama dan ahli keluarga malah diri kita sendiri yang telah berubah apabila harta dan wang semakin bertambah. Marilah kita ingatkan kepada mereka dan kita yang sudah lupa, keinginan terhadap harta adalah dahaga yang tidak pernah sirna!

Bismillah

Dengan nama Allah, aku rindu ingin menulis semula.
Insyaallah moga Allah izinkan.

Oct 6, 2011

sebut tanpa memahami...


marilah kita belajar.. wallahualam.

Mar 26, 2011

islam itu indah dan mudah..

I've been 'selected' again for india trip (business trip, off course) with 8m mission. Hard, challenging with 1001 feeling. Leaving my wife, abang muhammad & abang tufaiil (poor him, fighting with cough since last week).
Using kingfisher as the airlines, i reached terminal 3, changi airport, singapore at around 4:45pm, 22.3.2011. First thing to do after checked in is to find musolla. i found one pakcik who were wearing a kopiah, and asked him where is the nearest musolla. he showed me the following picture and it was my 'musolla' for that day and that day also, i just noticed 'islam itu indah dan mudah'. Thanks to Pakcik Yusof (if i could remember his name correctly). Allahuakbar!


Mar 17, 2011

hari ini saya belajar 2 benda baru iaitu

1) syaitan tidak menyukai mana pergerakan yang melawan arah jam contoh tawaf, saie, suluh guna bio disc and etc.

2) apabila ia memasuki tubuh manusia, ia akan pergi ke jantung dulu dan seterusnya mengalir la ia ke dalam darah manusia. Dia tidak menyukai kasturi (wangian yang dipakai oleh 'kekasih Allah yang terpuji'. kasturi diperolehi dari kelenjar kijang). oleh itu, dengan meminum air + kasturi (letak 3, 5 atau 7 kali di jari telunjuk, rendamkan jari teunjuk di dalam air dan kacau 3, 5 atau 7 kali mengikut arah lawan jam) dapat membantu membuang syaitan yang mengalir di dalam darah manusia.

ilmu tersebut telah disampaikan oleh ustaz dr jamnul azhar mulkan (sila cari beliau di facebook)

selamat beramal.

muhammad the 2nd..

Alhamdulillah..

born : Jumaat, 21 Zulkaedah 1341H @ 1230H (Friday, 29.10.2010)

taken from akhbar metro..


Alhamdulillah...

almost 5 months now. picture with his brother, muhammad the 1st..



Ukaiil & Tufaiil

Jun 17, 2010

Tension - Part 1 of x, x =infiniti


Aaaaaaarrrrrggggggggggggghhhhhhhhhhh…! Itulah perkataan yang kebanyakan org akan ucapkan bila kita tension termasuklah insan hina dina yang mencoret coretan ini. Tapi sedarkah kita sebenarnya kita mengeluh dengan PENCIPTA kita dan terhadap skrip dan olahan yang telah ditulis oleh-Nya. Hanya doa dan usaha mampu mengubah kita dari kerap mengatakan AARRGGGHHHH kepada Alhamdulillah kepada setiap cubaan dan dugaan yang diterima.
Semuga Allah sentiasa meredhai kita hidup di dalam dunia-Nya. Dengan izin-Nya jua kita buleh hidup dalam dunia-Nya.

Bersyukurlah dengan mengucapkan ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ sebanyak 3x.

Wallahu’alam

Niat : Permulaan Segala Amalan

"Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Umar bin al-Khattab r.a., aku mendengar Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu. "

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
- 300 Hadis Bimbingan, susunan Ustaz Zahazan Mohamed & Ahmad Hasan Mohd. Nazm

Jan 19, 2010

welcome to world my nephew

i called my mom to ask about my only younger sister's condition in the labour room. She admitted to the labour room around 9 a.m. today when the opening (you know what..) was about 1 cm. after about almost 12 hours, she gave birth to a 2.81kg healthy boy by Caesarean after more than 2 days fought with pain for her lovely baby boy (the pain was starting since last sunday night actually).

so sis, you are a mother now. welcome to the parenting hood. grow up as a mother to someone. take care of your child. do feel being a mother. Congrats from me and the rest of family!

WELCOME ABOARD MUHAMMAD AMSYAR RAHIMI BIN IBRAHIM..!

lomoi built a musolla

i just did the foundation, the rest was made by him. i just kinda helped him. :D









Dec 10, 2009

bersalah kah saya..

sudah agak lama saya tidak mencoret di blog saya. memang terlalu sibuk dengan kerja seharian dan business menjual Dr. backbone lumbar support . penerangan lanjut tentang itu, akan saya ceritakan kemudian.

kisah pada kali ini tercetus apabila saya menonton cerita Upin-Ipin the movie sebentar tadi pada ketika makhluk kecil memeluk rajoo dimana semua org terharu serta menangis. bila melihat keadaan yang penuh terharu dan sedih, saya terus merasa sebak bukan kerana adegan peluk antara makhluk dan rajoo, tapi kesedihan yang jelas ternampak serta air mata yang mengalir pada bekas guru taska (Cikgu Ayu) di taska lama Lomoi kira-kira jam 9 ++ malam tadi.

Sejak berumur 2 bulan hingga 30.11.09 (kira setahun 4 bulan), kami menghantar lomooi di sebuah taska di taman u atas cadangan rakan saya. Sejak dari itu, lomoi telah dijaga oleh Cikgu Ayu dan beberapa org cikgu lain. Kami memang tidak terlalu berkira dengan cikgu-cikgu di taska ini. Semakin hari, lomoi semakin rapat dengan Cikgu Ayu dan cikgu2 yang lain (antaranya Cikgu Liza) sehingga dia menjadi 'blue eye boy' di taska tersebut di sebabkan kepetahan dia (papai..nak, emmuuaahhh.. salam.. - antara perkataan yg kerap di sebutkan oleh lomoi).

Di taska lama lomoi, penjagaan yang diberikan adalah sgt bagus, cuma apa yang saya kurang lihat adalah dari segi pengisian ilmu. Walaupun demikian, lomoi berjaya menyebut A,B,C... 1,2,3, (english dan melayu) seawal umur 1 tahun ++ berkat ajaran Cikgu Ayu dan cikgu2 lain.

Pada awal bulan 11, 2009, saya ternampak banner sebuah taska berhampiran rumah baru kami. Dari iklan yang saya lihat itu, saya tertarik untuk menghantar lomooi ke situ. Namun, saya harus melihat dulu taska itu. Hasrat itu saya sampaikan n bincangkan dengan bonda. Respon awal dari bonda ialah bonda agak keberatan untuk memindahkan lomoi. Saya cuba yakinkan dengan berkata pembelajaran lomoi adalah lebih penting. Kami bersetuju untuk melihat taska baru. setelah melihat taska baru dan berbual dengan tenaga pengajar di situ, kami bersetuju untuk memindahkan lomoi.

Tanggal 25.11.09 (hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-3), kami dengan perasaan berat hati memaklumkan pada Cikgu Ayu dan Cikgu Liza tentang niat kami untuk memindahkan lomoi. Mereka maklum tentang perkara itu walaupun pada wajah mereka agak berat untuk menerimanya. Masa yang di nanti oleh Cikgu Ayu dan Cikgu Liza tiba bila kami datang untuk megambil lomoi pada 30.11.09. Jelas dan nyata yang mereka terlalu keberatan untuk membenarkan perkara ini berlaku. Selama lebih setahun 4 bulan mereka menjaga lomoi, sehingga lomoi pandai menadah tangan untuk berdoa, baca 1,2,3.. , A,B,C, serta sebutan-sebutan dan pergerakn asas yang lain. Kami yakin yang lomoi telah di anggap sebagai anak mereka sendiri. Walaupun berat, mereka terpaksa merelakan kerana ketetapan telah tertulis. Air mata jelas kelihatan di mata mereka.

Malam ini, lebih kurang jam 9 lebih, kami membawa lomoi ke taska lama dia untuk mengajar dia agar tidak melupakan tempat awal dia membesar. Apabila melihat kelibat lomoi, Cikgu Ayu (Cikgu Liza tiada, bercuti) terus menjerit nama 'Muhammad..., teacher rindu kat Muhammad..' sambil menitiskan air matanya.. (samakan ngan adengan upin dan ipin yang saya cerita di atas?)

'Teacher rindu kat Muhammad, waktu makan pun teacher ingat Muhammad..' , 'Muhammad, teacher rindu Muhammad tau...' , itulah antara dialog yang kami dengar. Walaupun lomoi menangis bila Cikgu Ayu ingin memeluknya. (sebenarnya, lomoi seperti agak trauma sekarang bila kami ingin menghantarnya ke taska pada setiap pagi).

saya yang melihat adengan tersebut, turut merasa sedih dan sebak. tanpa disedari, air mata pun turut bergenang. tatkala itu jugak saya terfikir yang tindakan saya memindahkan lomoi demi untuk ilmu dan masa depannya. bersalahkah saya?

Ya Allah, niat di hatiku hanyalah untuk memberikan yang terbaik untuk anakku. Aku tidak berlaku zalim terhadap sebuah hubungan 'ibu & anak'. Aku tidak terfikir untuk mengajar Muhammad melupakan siapa yang menjaganya sejak dari 2 bulan hingga hari terakhirnya di situ. Ya Allah, bersalahkah aku?

Nov 13, 2009

Happy b'day abg khir..!

Allah selamatkan kamu..

Allah selamatkan kamu..

Allah selamatkan abg khir..

Allah selamatkan kamu..

Happy b'day to abg khir, my nephew. he is now 6 years old. May he become an obidient slave and soleh son.

abg khir, skang awak dah besar, jgn nangis2 lagi lebih2 lagi kalau bermain ngan LOMOI (sbb LOMOI ni tak padan kecil, suka buli..!)

Nov 8, 2009

belajar muhasabah diri

dalam satu kos (course) yang saya pergi baru-baru ini, pihak tenaga pengajar telah menggalakkan kita berlaku sebaik yang mungkin dengan semua orang. pesan mereka, ingatlah bahawa target hidup kita adalah berjumpa dengan Maha Pencipta Alamraya ini.

sebgai contoh, sekiranya berlaku sesuatu pertelingkahan, cuba sehabis baik untuk kita muhasabah diri, kenapa perkara itu berlaku. sehabis baik. adakah ini disebabkan kisah hidup kita di masa lalu? atau cara kita berkomunikasi dengan sesama manusia? atau balasan atas apa yang kita pernah buat?

saya sedang berusaha untuk melakukan.

Sep 23, 2009

4 SYAWAL 1430H

4 Syawal 1430H, kami sekeluarga menerima beberapa berita kematian. Di kawasan kampung saya sahaja, dikejutkan dengan berita kematian 2 org iaitu arwah Pak Bakar & arwah Halim. Arwah Pak Bakar meninggal pada 3 Syawal manakala arwah Halim pada 4 Syawal 1430H.

Apa yg dapat saya coretkan di sini ialah berkisar kepada arwah Pak Bakar. Arwah merupakan seorang yg cukup peramah sejak saya kecil hingga ke akhir hayatnya. Kenalan rapat abah saya dan arwah merupakan bekas askar. Setiap kali abah berjumpa dengannya, pasti abah akan memanggil "skod" (kalau tak silap, begitu la ejaannya) dimana panggilan ini merupakan panggilan yg dipanggil sesama askar. abah saya juga merupakan seorang askar yg berhenti ketika mak mengandungkan saya.

Berbalik pada cerita arwah Pak Bakar. Saya mmg kenal dengan keluarga arwah kerana ada di antara anak-anak arwah merupakan kenalan Hallati & Hammati (pakcik & makcik) saya. Dan yg paling ketara apabila isteri arwah, Mak Nah pernah menjual makanan di sekolah tadika saya ketika kira-kira pada tahun 1984.

"Syahiid, apa khabar? sihat. Sekarang kerja kat mana?", begitulah antara pertanyaan yg sering ditanya oleh Mak Nah bila saya berkunjung di rumahnya pada Hari Raya. Kali terakhir saya berjumpa dengan arwah Pak Bakar ialah pada Hari Raya Aidilfitri 1429H. Tahun ini saya tak berkesempatan untuk berjumpa dengan dia kerana saya menyambutnya di peraNtauan rumah mentua saya.

Saya dan keluarga mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Pak Bakar & arwah Halim. Semuga mereka sentiasa dicucuri rahmat oleh Yang Esa dan tergolong didalam golongan org-org yg Soleh. INSYAALLAH.

(gambar di atas adalah sekadar peringatan sahaja)

AL-FATIHAH.

Sep 21, 2009

AHLAN WA SAHLAN AIDILFITRI 1430H

satu sms yg saya terima di malam raya berbunyi - "Dalam gembira menyambut kedatangan Syawal, ingatlah baik-baik bahawa Ramadhan bulan terbiyyah berlalu meninggalkan kita. Dalam Ramadhan, Yang Esa menjanjikan rahmatNya, keampunan dosa-dosa dariNya, pelepasan dari api nerakaNya. UNTUNGlah kita jika mendapatnya & RUGIlah kita jika gagal mendapatnya. renung-renung dan semak-semak lah diri kita."


Saya, mewakili BONDA dan LOMOI, sebagai hamba Allah, ingin mengucapkan Minal Aidil Wal Faizin Wal Maghbulin. Semuga kita sentiasa di rahmati oleh Yang Esa.


Sep 2, 2009

SNADA

demi matahari dan sinarnya di pagi hari
demi bulan apabila ia mengiringi
demi siang bila ia menampakkan dirinya,
demi malam apabila ia menutupinya,
demi langit beserta seluruh binaanya,
demi bumi serta yang ada di hamparanya,
demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya,
Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan,
beruntung bagi yang mensucikannya,
merugi bagi yang mengotorinya.

As-Syams : 1-10

Jan 8, 2009

lagi usaha kita..!

artikel yg saya perolehi dari http://www.zaharuddin.net/


marilah kita manfaatkannya. Allahuakbar..! Allahuakbar..! Allahuakbar..!


Palestin : Lagi Usaha Kita
& Doa Qunut Berbaris
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/



Setiap hari membelek berita berkenaan Palestin, setiap hari rasa pedih dan adakalanya terasa seolah tidak mahu mendengar sebentar laporan berita berkenaannya kerana sukar menahan rasa sakitnya.
Sudah hari kesepuluh dan serangan semakin ganas. Sekitar 550 orang Palestin telah diragut nyawanya termasuk kanak-kanak dan wanita serta orang awam, manakala seramai 2500 lagi cedera. Bekalan ubatan, makanan dan perkara asas semakin kurang. Hospital dan doktor amat terhad dan laporan berita menyatakan ada doktor yang tidak sempat tidur sama sekali.
Palestin pula telah terbahagi kepada tiga bahagian, kiri dan kanan telah mula ditembusi oleh Yahudi, hanya bahagian tengah masih belum berjaya ditembusi. Jelas, mereka sedang melakukan penjajahan secara fizikal dan menghilang Palestin dari peta dunia.!
Persoalan utama sekarang, apa lagi yang boleh bantu yang benar-benar dikira membantu?? Satu soalan yang saya sendiri turut kerap menyoal diri ini. Saya tiada jawapan yang melegakan, atau jawapan yang membuatkan anda terperanjat kerana ‘di luar kotak'.
Namun bagi saya, kita semua boleh membantu berdasarkan rasa kemampuan masing-masing. Siapa boleh lebih, buat lebih, siapa hanya mampu yang kurang, buat jugalah.
Keadaan manusia yang berbeza-beza dalam kemampuan ini diiktiraf sendiri oleh Nabi akan kewujudannya. Justeru, jangan harapkan semua orang mampu menjadi terlalu ‘berani seperti anda, terlalu ‘pemurah' seperti anda, terlalu ‘berjasa' seperti anda.
Nabi s.a.w bersabda dalam hadis yang sangat popular :-
Erti : Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegah dengan tangannya, barangsiapa yang tidakmampu, cegahlah dengan lisannya (perkataan dan tulisan), barangsiapa yang tidak mampu, cegahlah dengan hatinya (iaitu dengan rasa benci)"

USAHA KITA : PILIHLAH
Natijahnya, pilihlah salah satu atau lebih dari satu dari tindakan di bawah untuk membantu saudara kita di Palestin yang dijajah dan Palestin yang sedang cuba dijajah.

1) Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..

2) Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. Cuaca sejuk kini tidak menentu, di UK kami ditimpa cuaca sejuk luar biasa sehingga (negatif 10) atau -10 darjah celcius. Palestin juga berada dalam cuaca sejuk, sekitar di bawah 10 celcius di sebelah malam

3) Bantuan Doa ; Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga merkea yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini.
Doa anda boleh bacanya sebagai :-
a- Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana andatidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemduain terus turun sujud, tiada berturut-turut.
b- Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.
c- Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.
d- Dan banyak lagi waktu doa maqbul.


4) Solat Hajat ; Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda turut boleh meneruskannya.

5) Menyertai Demonstrasi Aman : Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu lain.

6) Menulis ; Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar, majalah yahoogroup dan lainnya, buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka.

7) Ceramah ; anda mampu ceramah? berikanlah ceramah berkaitan isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat anda.Anda tidak semestinya seorang ustaz/ah untuk ceramah dalam bab ini, wartawan pun boleh.

8) Boikot : perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan Amerika di ketika ini. Hantarlah surat dan bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika, Mesir dan sekutu jahat mereka. Pelajar Al-Azhar, kami mendambakan tindakan dan usaha anda terhadap kerajaan Mesir.


TINGKATKAN KEPEDULIAN
Tingkatkan kepedulian kita terhadap nasib saudara kita umat Islam.
Jangan dirasakan usaha kita sangat kerdil, tidak mampu memberi sebarang kesan. Yakinilah bantuan Allah, sangka baiklah dengan Allah, nescaya Allah bersama hambaNya yang bersangka baik dan taatinya.
Sebagai sebuah hadis qudsi ertinya:
Allah menyebut : aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu,

AMERIKA SUDAH SAKIT, BERIKAN HADIAH KEEGOANNYA!
Keegoan dan keangkuhan Amerika dalam bidang ekonomi sedang jatuh merudum, hari ini berita BBC melaporkan Presiden dipilih, Barrack Obama mengatakan ekonomi USA sedang ‘SANGAT SAKIT' dan sangat serius masalahnya.
Rakyat Amerika yang kehilangan kerja semakin ramai. Obama sedang pening kepala masa plannya untuk USA, Bush bukan main seronok dengan Yahudinya.( Sumber di sini )
Jualan kereta di US pula kini diratah serangan virus kegawatan ekonomi apabila jualannya jatuh paling teruk sejak 1992. Jualan di pasaran Detroit Three jatuh 50 % buat pertama kalinya. Chrysler pula rugi dengan kejatuhan jualan sebanyak 53 % ,manakala jualan Toyota, Honda, GM dan Ford jatuh 31 ke 37 peratus. ( SUMBER)
Seorang rakan warganegara Amerika di sini memberitahu kami bahawa Bush sedang merancang Amerika menyertai perang, itu adalah salah satu jalan agar perlantikan rasmi Obama sebagai Presiden UA pada 20 Januari 2009 terpaksa ditangguh, kerana demikian menurut undang-undangnya. Iaitu jika US sedang dalam peperangan, Presiden yang sedang menerajui akan kekal. Kami tiadalah mengetahui sejauh mana benarnya ramalan atau analisa ini. Cuma ini mungkin salah satu sebab Obama dan rakannya, senyap sunyi menggelak dari memberi komen dalam isu Palestin.
Namun saya kira, mungkin hasrat Bush sedikit terganggu kerana untuk berperang Amerika perlukan berbillion US, bagaimana ia boleh sedang dalam ekonomi yang sanagt sakit dan teruk.?

MUJUR BRITAIN SEDANG PARAH, TAK LARAT BERSUARA
Kalau sebelum ini yang tidak kurang bengisnya adalah Britain, sebagaimana dalam kes Iraq, namun, kini UK agak senyap sunyi sikit, Alhamdulillah. Mengapa?
Jika Amerika sedang merudum dengan laju teruknya, UK setiap hari berita parahnya semakin menjalar, sehingga nilai Pound Sterling jatuh menjunam hampir sama malah pernah lebih rendah daripada matawang Euro. Kes buang kerja tidak henti-henti, pasaraya dan syarikat besar satu demi satu bungkus seperti Woolworth, MFI dan banyak lagi, menghidangkan kebanjiran pengganggur. Ditambah dengan cuaca sejuk luar biasa, Sehingga kami yang berada di sini turut bimbang.


QUNUT NAZILAH
Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah dengan baris yang telah saya usahakan barisnya dan ertinya, agar boleh dibaca oleh orang ramai.


اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ وَنَثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفُد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحَق ، اللهم عَذِّبَ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ

Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."

اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لا يَرُدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.

Erti :

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.
Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.
Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.


اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدِهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ


Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka


اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِالمسلمين

Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di LUbnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.

Allahuakbar..! Allahuakbar..! Allahuakbar..!

Nov 18, 2008

Ar-Rayyan 17.11.2008

dalam episod kali ini, Dr. Fatema Al-Zahra telah membincangkan mengenai 'taubat nasuha'. Apa yang dapat saya dengar dari episod kali ini adalah seperti di bawah :
1. Taubatun nasuha itu dapat membawa maksud - 'taubat yang menasihatkan kita'.
2. Syarat taubat nasuha :-
a) Menyesal melakukan perbuatan itu
b) Berhenti dari perbuatan itu
c) Berazam tak kembali semula balik pada tabiat itu.
3. Nabi yg maksum beristighfar 100x sehari, bagaiman pula kita? Ada satu kisah dimana Nabi keluar bilik air berkata – Ya Allah ampunkan dosa ku Ya Allah, melihat apa yang diucapkan oleh Nabi sahabat bertanya kenapa engkau berkata demikian? Jawapan baginda ialah "kerana beberapa ketika di bilik, aku tak tidak dapat berzikir". Astagfirullah..
insan yang menjadi jemputan dalam episod pada kali ini ialah Aishah, seorang artis yang telah 'berhijrah'. cerita Aishah, beliau 'berhijrah' setelah rasa diri daif, serba kekurangan, jiwa tak tenteram dan selalu 'sakit'. setelah muhasabah diri, beliau dapati, jika beliau tidak 'berhijrah', inilah 'dirinya'. Beliau juga menyatakan yg beliau tidak mahu menjadi seperti ibu ketam yang mengajar anak jalan tegak tetapi diri sendiri jalan serong. Apa yg dilakukan oleh beliau ialah sebagai langkah pertama – hindari apa yg ditegah, kemudian buat apa yg disuruh. Akui dalam bidang muzik mmg tak cukup masa namun kena cari jalan tuk tidak lupakan yg wajib. Sejak 'berhijrah', beliau rasa ketenangan, pandangan serong terhadap artis pun dah berkurang.

sebelum berakhirnya episod pada kali ini, beliau menggalakkan agar kita mengamalkan Penghulu Istighfar -lepas suboh 3x setiap hari, sekiranya ditetapkan oleh Allah yang kita meninggal dunia pada hari itu, InsyaAllah syurga adalah tempat kita. diharapkan saya dapat mengamalkannya (kena cari dulu Penghulu Istighfar).

untuk menonton Ar-Rayyan, ia akan keudara pada setiap Isnin, 7.30 malam di Astro Oasis (Ch 106).
pernyataan : apa yg saya paprkan di atas adalah berdasarkan apa yg saya dengar. sekiranya ada antara pembaca yang turut menonton episod Ar-Rayyan pada kali ini dan mendapati maklumat di atas ada kesilapan dan kekurangan, sila buat teguran di bahagian 'comment'. semuga ia dapat dimanfaatkan bersama-sama.

Powered By Blogger