Showing posts with label klausa MOTIVASI. Show all posts
Showing posts with label klausa MOTIVASI. Show all posts

Oct 3, 2013

Si Kaya Yang ‘Dimiskin’ Oleh Hartanya

يا مقل بل قلوب...

Percaya tidak, acap kali apabila harta bertambah, kita seolah-olah rasa bertambah ‘miskin’. Apabila mendapat bonus atau naik gaji misalnya, tiba-tiba semakin banyak yang kita inginkan. Kita merancang untuk membeli kereta baru, menukar perabot baru dan lain-lain. Keinginan kita menjadi semakin besar dan bertambah.

Akhirnya duit yang bertambah menjadi susut akibat keinginan yang meningkat. Sungguhnya, orang yang miskin, bukan kerana kekurangan harta tetapi mereka yang banyak keinginan! Itulah akibatnya apabila bukan iman yang mengendalikan hidup kita.

Diri kita akan hilang kendali seumpama kereta hilang brek dan tiada kawalan. Kita masih mencari dan terus mencari kemewahan dunia sedangkan usia sebenar semakin singkat dan pertemuan kita dengan Allah semakin dekat. Hati kita tidak pernah kita gilap sebab kita masih ghairah memburu harta yang tidak ada kesudahan dan penghujungnya. Tidak salah memburu harta, burulah. Namun ingat, itu cuba alat, bukan matlamat.

Berhati-hatilah menjaga hati. Jangan pemburuan yang dahsyat itu sampai menjejaskan kesihatan hati kita. Jika dapat, bersyukur. Jika gagal, bersabar. Jangan sekali-kali, apabila harta bertambah, kita jadi semakin kufur dan takabbur. Jangan juga apabila gagal memilikinya, kita rasa putus asa dan kecewa. Sungguh, kufur, takabbur, putus asa dan kecewa itulah parasit yang akan menghilangkan ketenangan di dunia dan akhirat.

Dalam pengalaman hidup kita tentu pernah melihat penghuni rumah besar tetapi hatinya sempit. Air mukanya muram, mudah marah dan pantang terusik, mudah marah dan melenting. Apabila kita bertamu di rumah, layanannya layu dan kemesraan dibuat-buat. Dia sentiasa memonopoli perbualan. Makan dan minum yang dihidangkan, bukan dari hatinya. Semuanya kaku oleh basa-basi yang dicorakkan adat dan kebiasaan semat-mata. Ironinya, si kaya kehilangan ‘sentuhan kemanusiaan’ di rumahnya yang lapang, akibat jiwanya yang terhimpit. Namun, lihat betapa ada si miskin yang begitu ceria melayan kita. Rumahnya sempit tetapi ahli keluarganya mempunyai hati yang lapang. Dengan penuh senyuman, kemesraan dan kasih sayang yang sudah serasi dengan jiwanya itulah dia melayan kita. Dia tidak mengajak orang kagum dengan rumah besar yang tidak dimilikinya, tetapi sebaliknya dia ‘membesarkan’ jiwa dan hati tetamu yang sedang diraikannya. Di rumah yang kecil, terasa luas apabila penghuninya punya ketenangan.

Jiwa kita akan disapa ketenangan oleh tuan rumah yang punya ketenangan. Dia mungkin tidak punya harta, tetapi kaya ilmu dan akhlak. Sikapnya yang sangat suka memberi menyebabkan kita terhibur. Dia memberi senyuman, nasihat, doa dan kata-kata yang mesra. Sungguh, yang baik akan sentiasa kelihatan cantik!

Betapa kita pernah mendengar keluhan, dulu tangan-tangan sering berjabat salam, solat berjemaah dan zikrullah sentiasa bergetar di dalam rumah yang sederhana tetapi apabila rumah bertambah luas, harta bertambah, perabot sudah bertukar dengan yang mahal-mahal, solat jemaah, bacaan Al Quran dan jabat salam yang dulunya menjadi basahan, kini sudah semakin kurang kedengaran dan segala-galanya menjadi semakin tawar dan longgar. Benarlah sabda Nabi Muhammad S.A.W bahawa kaya hati adalah kaya sebenar, bukan kaya harta.

Orang yang memiliki hati yang begitu, cukup dengan yang sedikit, pemurah dengan yang banyak. Para sahabat Rasulullah ada yang dipuji kemurahan hatinya walaupun miskin hartanya. Sehingga apabila tetamu datang, dikecilkan cahaya lampu rumahnya agar tetamu dapat makan dengan secukupnya sedangkan dia dan ahli keluarga pura-pura sama memakan makanan yang sedikit itu di dalam cahaya yang samar-samar. Sebaliknya sikaya yang kaya harta tetapi miskin jiwa itu sentiasa rasa tidak puas sehingga tega menindas.

Hartanya sudah lebih dari cukup, tetapi dia terus memeras keringat orang lain untuk menjadi lebih kaya. Jika dia memberi, dia memberi dengan muslihat untuk mendapat lebih banyak. Kalau dulu dia punya masa untuk sahabat dan saudara, tetapi kini dia diburu kesibukan yang tidak sudah-sudah.

Dulu harta yang cukup, sekarang hartanya tidak cukup-cukup. Tanpa sedar, si kaya yang sedemikian sedang menyusuri jalan Qarun. Jika Qarun ditenggelamkan dalam Laut Mati tetapi pengikut-pengikut Qarun akan ditenggelamkan dalam hati yang mati.

Hati yang mati sentiasa diburu kesedihan dan ketakutan. Sedih kerana ditinggalkan saudara, sahabat malah oleh anak-anak dan isteri sendiri. Apa tidaknya, siapa yang suka berdamping dengan orang yang sentiasa sibuk, fikirannya sentiasa di tempat lain dan jiwanya yang sentiasa bimbang dan gelisah? Dunia moden menamakan mereka orang yang produktif, tetapi hakikatnya mereka orang yang sakit! Sungguh, alangkah azabnya punya hati yang sedemikian. Hati yang hilang rasa ingin membantu orang lain, hati yang sukar untuk empati kepada kesusahan orang sekeliling, hati yang sudah hilang nikmat persaudaraan dan persahabatan.

Orang yang cuba menukar kualiti jiwa dengan kuantiti harta pasti menderita. Dari Anas bin Malik r.a diriwayatkan Rasulullah S.A.W pernah bersabda: “Anak Adam yang telah pikun (nyanyuk) dan masih menginginkan dua hal; menginginkan harta dan menginginkan panjang usia.” (riwayat Muslim).

Lihat diri kita dan lihat manusia di sekeliling kita, betapa ramai sahabat, saudara, pemimpin, ahli agama dan ahli keluarga malah diri kita sendiri yang telah berubah apabila harta dan wang semakin bertambah. Marilah kita ingatkan kepada mereka dan kita yang sudah lupa, keinginan terhadap harta adalah dahaga yang tidak pernah sirna!

Mar 26, 2011

islam itu indah dan mudah..

I've been 'selected' again for india trip (business trip, off course) with 8m mission. Hard, challenging with 1001 feeling. Leaving my wife, abang muhammad & abang tufaiil (poor him, fighting with cough since last week).
Using kingfisher as the airlines, i reached terminal 3, changi airport, singapore at around 4:45pm, 22.3.2011. First thing to do after checked in is to find musolla. i found one pakcik who were wearing a kopiah, and asked him where is the nearest musolla. he showed me the following picture and it was my 'musolla' for that day and that day also, i just noticed 'islam itu indah dan mudah'. Thanks to Pakcik Yusof (if i could remember his name correctly). Allahuakbar!


Jun 17, 2010

Tension - Part 1 of x, x =infiniti


Aaaaaaarrrrrggggggggggggghhhhhhhhhhh…! Itulah perkataan yang kebanyakan org akan ucapkan bila kita tension termasuklah insan hina dina yang mencoret coretan ini. Tapi sedarkah kita sebenarnya kita mengeluh dengan PENCIPTA kita dan terhadap skrip dan olahan yang telah ditulis oleh-Nya. Hanya doa dan usaha mampu mengubah kita dari kerap mengatakan AARRGGGHHHH kepada Alhamdulillah kepada setiap cubaan dan dugaan yang diterima.
Semuga Allah sentiasa meredhai kita hidup di dalam dunia-Nya. Dengan izin-Nya jua kita buleh hidup dalam dunia-Nya.

Bersyukurlah dengan mengucapkan ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ sebanyak 3x.

Wallahu’alam

Niat : Permulaan Segala Amalan

"Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Umar bin al-Khattab r.a., aku mendengar Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu. "

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
- 300 Hadis Bimbingan, susunan Ustaz Zahazan Mohamed & Ahmad Hasan Mohd. Nazm

Nov 8, 2009

belajar muhasabah diri

dalam satu kos (course) yang saya pergi baru-baru ini, pihak tenaga pengajar telah menggalakkan kita berlaku sebaik yang mungkin dengan semua orang. pesan mereka, ingatlah bahawa target hidup kita adalah berjumpa dengan Maha Pencipta Alamraya ini.

sebgai contoh, sekiranya berlaku sesuatu pertelingkahan, cuba sehabis baik untuk kita muhasabah diri, kenapa perkara itu berlaku. sehabis baik. adakah ini disebabkan kisah hidup kita di masa lalu? atau cara kita berkomunikasi dengan sesama manusia? atau balasan atas apa yang kita pernah buat?

saya sedang berusaha untuk melakukan.

Sep 2, 2009

SNADA

demi matahari dan sinarnya di pagi hari
demi bulan apabila ia mengiringi
demi siang bila ia menampakkan dirinya,
demi malam apabila ia menutupinya,
demi langit beserta seluruh binaanya,
demi bumi serta yang ada di hamparanya,
demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya,
Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan,
beruntung bagi yang mensucikannya,
merugi bagi yang mengotorinya.

As-Syams : 1-10

Mar 14, 2009

bola vs AF




saya nak ucapkan kepada semua peminat 2 perkara kat atas tu, semuga terhibur dengan apa yg anda minat. pesanan bersama :

1) jgn pasal 2 perkara ni, sepasang suami-isteri bergaduh nak tgk yg mana satu.

2) jgn pasal 2 perkara ni, sang isteri kena tinggal sengsorang kat rumah sbb sang suami nak 'enjoy' moment kat 'stadium mamak'

3) jgn pasal 2 perkara ni, memasing sakit jari n tekak

4) jgn pasal 2 perkara ni, memasing lupa tanggungjawab memasing

5) jgn pasal 2 perkara ni, segalanya dah tak selamat

maka, selamatla hendaknya..

soalan penarik minat

"awak nak makan? awak nak makan aper?"

"awak nak minum, awak nak minum aper?"

"awak nak tuala?"

"awak nak pakai baju aper esok? seluar lak?"

pernah tak 'yang bertanya' tu tanya perkara-perkara lain yang seangkatan dengan soalan2 diatas.

pada siapa yg dah berkahwin, soalan ni mungkin ader kaitan dengan anda.

BERUSAHALAH..!

Feb 21, 2009

Leadership or ladder-ship?

i try to thinking something out of the box on how we wanna manage people either your boss, your peer, your subordinate, your family and your surrounding. talking about leadership and managing, everyone has their own opinion about it.

for me, it's really a big deal to manage people and be a good leader. a freind of mine always said, as a 'khalifah', we have to be and act like 'khalifah'. but i'm not certain with what khalifah really means to him. only he knows what khalifah means to him. i trust most of the people know about what is 'khalifah' all about.

i try to be a good khalifah to BONDA, LOMOI, my family, my office mate, my friend. Until this article is written, if i made any mistakes with you guys, i seek an apologise deepest from my heart. i'll try my best to deliver what i should i deliver. and as a human, i know that i exteremly expose to 'mistake' and tendency to do it is always there. i hope after this, we can run what we should run in dry runnnn..

before i end this article, i wish to bring back memories for some of you to this advertisement that i made during 'new branding launching ceremony' - "saya tahu, anda telah bekerja sejak sekian lama, namun apa salahnya kalau anda membantu."

may the force be with us.

Jan 24, 2009

sessi motivasi 1

Saya nak tanya anda semua, perlukah kita ‘takut’ dengan seseorang yg belum pasti menjadi milik kita? Perlukah kita membuang apa yang pernah kita ader sebelum pasti menjadi milik kita atau perlukah kita cuba menjauhi perkara yang selalu kita buat demi menjaga hati seseorang yg belum pasti menjadi milik kita?

Hmmm.. mungkin anda akan cakap saya ni cam tengah putus cinta atau gila bayang….thehehe.. takder la, sebenarnya, saya cuba belajar untuk menjadi ahli psikologi merangkap pakar motivasi dengan cara begini.. (malas nak belajar la tu.. hahaha..!)

Dengan bertanya soalan2 begini dan memaparkan di blog ini, anda semua akan komen dan memberi pendapat memasing. Dengan ini, saya dan anda belajar ttg sesuatu perkara dengan lebih cepat.

Bagus jugak aktiviti blog memblog ni kan.. hah, apa lagi bglah komen. Mungkin dengan komen yang anda bagi berguna kepada mana-mana pembaca yang membaca blog yg tak seberapa ini. Aminnnn..
Powered By Blogger