Feb 22, 2009

gig

saya di perkenalkan dengan perkataan 'gig' ini lebih kurang pada tahun 1996 semasa saya menjadi pelajar. sejak mengenali perkataan itu, saya pun belajar2 lah kenal2 apa itu gig. lama gak saya menceburkan diri dalam alam gig ni sehingga la dalam tahun 2000 saya mula jauhkan minat saya dengan alam gig ni. kejayaan yang saya rasa tak berapa besar adalah menghasilkan 'zine' @ majalah terbitan sendiri dengan menggunakan mesin fotostat ajer yang bernama basement syndicate.


jika anda melihat ruangan apendiks di kiri blog ini, ader rangkain blog yg di beri nama 'bs crew'. itu adalah sebahagian dari rakan-rakan saya yang sesama memperjuangkan sesuatu di alam gig dulu. mereka adalah mardux, nobel, asum dan keed.

hari ini semasa saya pergi ke U-Mall, saya ternampak 'sebuah gig' yang di buat di parkir lot di U-Mall. hanya gambar kat atas ajer yg saya ambil tuk tatapan umum. ikut kain rentangnya, ini gig untuk indie band. dari pemerhatian saya, ramai remaja-remaja yg hadir ke gig ini. saya kira, hmmm tak terkira la ramainya. tentu mereka seronok cam saya seronok dulu-dulu. BONDA tanya saya "gig tu aper?" saya hanya jawab "konsert untuk geng2 bawah tanah".uiksss...

happy gig for those who still wanna do it. may u enjoy it till ur last moment. don't forget what the do's and don'ts. leave the bad ethic at the door, enjoy the postitve movement. :D

1 comment:

zahidah seran said...

aku tak join la gig migig nih
tapi adik aku no 5 ala-ala fanatik la dgn gig, zine nih..satu masa dulu..
walaupun tak minat tapi aku baca gak zine yg di pos ke rumah, sekadar nak amik tau aktiviti adik aku tu...
yola, mak n apak aku naik risau, smpai soh aku tengok2kan adik aku tu..hehe...lagi2 masa kuar black metal tu kan, udahle adik aku suka beno pakai baju itam...
yg kelako, dia gunting selimut mak aku buat patches kat beg la...hahaha...
tapi aku cuma ckp dgn dia, kalo ko rasa ko wat betul, ko buatlah, kalo rasa tak betul ko bentilah, mak and apak bising...hehehe...

Powered By Blogger