Sep 23, 2009

4 SYAWAL 1430H

4 Syawal 1430H, kami sekeluarga menerima beberapa berita kematian. Di kawasan kampung saya sahaja, dikejutkan dengan berita kematian 2 org iaitu arwah Pak Bakar & arwah Halim. Arwah Pak Bakar meninggal pada 3 Syawal manakala arwah Halim pada 4 Syawal 1430H.

Apa yg dapat saya coretkan di sini ialah berkisar kepada arwah Pak Bakar. Arwah merupakan seorang yg cukup peramah sejak saya kecil hingga ke akhir hayatnya. Kenalan rapat abah saya dan arwah merupakan bekas askar. Setiap kali abah berjumpa dengannya, pasti abah akan memanggil "skod" (kalau tak silap, begitu la ejaannya) dimana panggilan ini merupakan panggilan yg dipanggil sesama askar. abah saya juga merupakan seorang askar yg berhenti ketika mak mengandungkan saya.

Berbalik pada cerita arwah Pak Bakar. Saya mmg kenal dengan keluarga arwah kerana ada di antara anak-anak arwah merupakan kenalan Hallati & Hammati (pakcik & makcik) saya. Dan yg paling ketara apabila isteri arwah, Mak Nah pernah menjual makanan di sekolah tadika saya ketika kira-kira pada tahun 1984.

"Syahiid, apa khabar? sihat. Sekarang kerja kat mana?", begitulah antara pertanyaan yg sering ditanya oleh Mak Nah bila saya berkunjung di rumahnya pada Hari Raya. Kali terakhir saya berjumpa dengan arwah Pak Bakar ialah pada Hari Raya Aidilfitri 1429H. Tahun ini saya tak berkesempatan untuk berjumpa dengan dia kerana saya menyambutnya di peraNtauan rumah mentua saya.

Saya dan keluarga mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Pak Bakar & arwah Halim. Semuga mereka sentiasa dicucuri rahmat oleh Yang Esa dan tergolong didalam golongan org-org yg Soleh. INSYAALLAH.

(gambar di atas adalah sekadar peringatan sahaja)

AL-FATIHAH.

Sep 21, 2009

AHLAN WA SAHLAN AIDILFITRI 1430H

satu sms yg saya terima di malam raya berbunyi - "Dalam gembira menyambut kedatangan Syawal, ingatlah baik-baik bahawa Ramadhan bulan terbiyyah berlalu meninggalkan kita. Dalam Ramadhan, Yang Esa menjanjikan rahmatNya, keampunan dosa-dosa dariNya, pelepasan dari api nerakaNya. UNTUNGlah kita jika mendapatnya & RUGIlah kita jika gagal mendapatnya. renung-renung dan semak-semak lah diri kita."


Saya, mewakili BONDA dan LOMOI, sebagai hamba Allah, ingin mengucapkan Minal Aidil Wal Faizin Wal Maghbulin. Semuga kita sentiasa di rahmati oleh Yang Esa.


Sep 19, 2009

NAMA KEDAI

"Abang, nanti kita singgah kedai no. 2 eah?", kata isteri saya kalau setiap kali balik ke rumah ibu bapa dia.

itulah antara kelebihan jelebu ini, nama kedai di baris kedai-kedai elite (BKKE) - saya sahaja namakan demikian kerana di barisan kedai inilah menjadi tumpuan orang ramai, agak pelik dan unik. selain di BKKE, terdapat juga kedai-kedai lain di dalam Kuala Klawang ini yg mempunyai nama yg unik. berikut adalah nama-nama kedai yg saya kelasifikasikan sebagai unik

1) Kedai No.2 - kedai fesyen. menjual fesyen dari budak sekolah sampailah org dewasa. sentiasa penuh lebih-lebih lagi ketika musim perayaan. Separring partner untuk kedai no. 2 ini ialah kedai Tony. Baru sebentar tadi saya lalu kat depan kedai Tony, saya nampak "WE ACCEPT CREDIT CARD" - sudah maju..!

2) Kedai no. 8 - satu-satu kedai mamak di pekan kuala klawang. dulu agak kurang menarik, tetapi sekang, sudah menarik (satu kedai sudah tiles) dan sudah ader cawangan. sudah maju..!

3) kedai XXXXX - saya terpaksa sensored kan nama kedai itu kerana ia agak kurang sopan kalau hendak ditulis di sini tapi kenyataannya, mmg unik dan pelik nama kedai ini. menjual barang keperluan harian namun terdapat juga songkok di sini. begitu juga butang baju.

4) kedai meca - atau nama sebenarnya, Syarikat Meca. nama yg agak pelik. pada awalnya saya ingatkan ia panggilan ke atas kedai itu, tapi ia memang nama kedai tersebut. kedai ini merupakan saingan kepada kedai pureen (di baawah ini) pada menjual barang2 hantaran.

5) shopping centre - ini kira emporium terawal di kuala kelawang. macam-macam ada..! kekadang brg tu saya tak jumpa di johor bahru, kat sini buleh ader jual.

6) kedai sempit - menjual barangan runcit gak. mmg kedai ini agak sempit.

Kedai bukan di BKKE.

7) 7 Eleven - tapi bukan the real 7E. is cuma kedai jual sayur di pasar kuala kelawang. di istilahkan demikian sebab kedai ini buka dari pagi hingga ke jam 12tgh malam. paling lambat tutup. waktu buka saya tak pasti.

8) kedai pendek - kedai runcit berdekatan stesen bas.

9) kedai pureen - nama sebenar kedai ini saya tak tahu, tapi nama uniknya ialah kedai pureen. kedai menjual barang-barang baby dan hantaran. di fahamkan kedai ini menjual brg2 pureen di awal pembukaannya.

pernyataan mengenai nama-nama kedai di atas ini hanyalah berdasarkan hear-say yg datangnya daripada ahli keluarga isteri saya.

tak kisah la apapun nama kedai yg ader di sini, saya tetap suka Jelebu/Kuala Klawang..!

TINY SLAVE

he comes to our life with full of meanings..

he brings happiness..

he brings joy..

he brings 'rezeki'..

he brings a lot of good things in our life..

even nowadays, he brings a lot of 'kerenah' but we always love you..InsyaAllah, by guidance from Yang ESA.

he is a tiny slave in the biggest creation..

he is hamba Allah a.k.a MUHAMMAD ULWAN UKAIIL a.k.a LOMOI...


Sep 15, 2009

SEDU


Satu petang, dalam perjalanan untuk berbuka puasa, saya mengalami masalah 'sedu'..
tahap kritikal saya rasa.. dah la puasa, tak leh nak minum.. dekat 10 min gak saya berkeadaan sedu ini..

apa itu sedu? saya pun payah nak terangkan kat sini, tp saya kira semua org tahu apa itu sedu..
puas berfikir di waktu-waktu petang puasa ni..tetiba saya teringat yang klu bayi sedu, biasa org2 berpengalaman (nama lain bagi org2 tua) akan letak tisu di atas dahi bayi tu...
saya rasa saya nak wat eksperimen untuk bapak bayi lak..

saya minta isteri saya basahkan tisu berukuran lebih kurang 7x3 cm..
kemudian di letakkan di dahi saya... tahu tak apa yang saya dapat?
kurang dari seminit, sedu saya hilang.. waaahhhhhhhhh..!
eksperimen berjaya.. pasni klu sedu di bulan puasa bukan la masalah dan juga bukan juga alasan untuk berbuka puasa..

tp kenapa ia berjaya saya tak pasti..
setahu saya, pusat tumpuan otak terletak di bahagian dahi, sbb tu kita bersujud merendahkan diri pada Yang Esa..mungkin air pada tisu meresap pada dahi seterusnya meresap pada otak, otak hantar signal supaya memberhentikan sedu itu..

Wallahualam..Yang Esa lebih mengetahui..

Sep 2, 2009

SNADA

demi matahari dan sinarnya di pagi hari
demi bulan apabila ia mengiringi
demi siang bila ia menampakkan dirinya,
demi malam apabila ia menutupinya,
demi langit beserta seluruh binaanya,
demi bumi serta yang ada di hamparanya,
demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya,
Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan,
beruntung bagi yang mensucikannya,
merugi bagi yang mengotorinya.

As-Syams : 1-10

Ramadhan 1430H - Ahlan Wa Sahlan

Saya kembali untuk mencoretkan idea-idea asas yang mungkin dapat dikongsi bersama dengan anda semua. Coretan pertama setelah hampir 4 bulan 'rileks' ialah Ramadhan 1430H. Sememangnya kita sudah menghampiri pertengahan Ramadhan, tapi masih belum terlambat untuk saya meminta maaf di atas segala kesalahan yg pernah saya lakukan ke atas anda semua samada sedar atau tidak, zahir dan batin, di hadapan dan di belakang. Sebagai hamba Allah, saya kira terlalu banyak perkara yang saya buat terhadap sesama insan. Seboleh yang mampu, saya akan cuba memaafkan kesalahan org2 yang mengenali saya. Semuga Allah merahmati anda semua dan memberi rahmat dah hidayah. Sesungguhnya DIA amat berkuasa di atas segala sesuatu.
JADIKAN RAMADHAN INI ADALAH YG TERBAIK, BERDOA LAH IA BUKAN YANG TERAKHIR.
p/s - Al-fatihah buat Allahyarham Ustaz Asri Rabbani. Secara logik akalnya, Arwah mungkin tidak berharap yang Ramadhan 1429H adalah yang terakhir buat dirinya. Semuga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya dan tergolong dalam golongan orang-orang yang soleh. InsyaAllah.
Powered By Blogger