Sep 19, 2009

NAMA KEDAI

"Abang, nanti kita singgah kedai no. 2 eah?", kata isteri saya kalau setiap kali balik ke rumah ibu bapa dia.

itulah antara kelebihan jelebu ini, nama kedai di baris kedai-kedai elite (BKKE) - saya sahaja namakan demikian kerana di barisan kedai inilah menjadi tumpuan orang ramai, agak pelik dan unik. selain di BKKE, terdapat juga kedai-kedai lain di dalam Kuala Klawang ini yg mempunyai nama yg unik. berikut adalah nama-nama kedai yg saya kelasifikasikan sebagai unik

1) Kedai No.2 - kedai fesyen. menjual fesyen dari budak sekolah sampailah org dewasa. sentiasa penuh lebih-lebih lagi ketika musim perayaan. Separring partner untuk kedai no. 2 ini ialah kedai Tony. Baru sebentar tadi saya lalu kat depan kedai Tony, saya nampak "WE ACCEPT CREDIT CARD" - sudah maju..!

2) Kedai no. 8 - satu-satu kedai mamak di pekan kuala klawang. dulu agak kurang menarik, tetapi sekang, sudah menarik (satu kedai sudah tiles) dan sudah ader cawangan. sudah maju..!

3) kedai XXXXX - saya terpaksa sensored kan nama kedai itu kerana ia agak kurang sopan kalau hendak ditulis di sini tapi kenyataannya, mmg unik dan pelik nama kedai ini. menjual barang keperluan harian namun terdapat juga songkok di sini. begitu juga butang baju.

4) kedai meca - atau nama sebenarnya, Syarikat Meca. nama yg agak pelik. pada awalnya saya ingatkan ia panggilan ke atas kedai itu, tapi ia memang nama kedai tersebut. kedai ini merupakan saingan kepada kedai pureen (di baawah ini) pada menjual barang2 hantaran.

5) shopping centre - ini kira emporium terawal di kuala kelawang. macam-macam ada..! kekadang brg tu saya tak jumpa di johor bahru, kat sini buleh ader jual.

6) kedai sempit - menjual barangan runcit gak. mmg kedai ini agak sempit.

Kedai bukan di BKKE.

7) 7 Eleven - tapi bukan the real 7E. is cuma kedai jual sayur di pasar kuala kelawang. di istilahkan demikian sebab kedai ini buka dari pagi hingga ke jam 12tgh malam. paling lambat tutup. waktu buka saya tak pasti.

8) kedai pendek - kedai runcit berdekatan stesen bas.

9) kedai pureen - nama sebenar kedai ini saya tak tahu, tapi nama uniknya ialah kedai pureen. kedai menjual barang-barang baby dan hantaran. di fahamkan kedai ini menjual brg2 pureen di awal pembukaannya.

pernyataan mengenai nama-nama kedai di atas ini hanyalah berdasarkan hear-say yg datangnya daripada ahli keluarga isteri saya.

tak kisah la apapun nama kedai yg ader di sini, saya tetap suka Jelebu/Kuala Klawang..!

No comments:

Powered By Blogger