Oct 23, 2008

Kisah Qaisara

kisah yang hendak saya ceritakan ini tiada kaitan dengan sitkom kisah kaisara² di tv3 itu. ini kisah qaisara jugak, qaisara dan rakan se'nursery' dia. Qaisara ialah anak kepada kawan sepejabat saya yang lahir pada 28.02.08. skang dia dah nak masuk 8 bulan umurnya. dia ader seorang 'boyfren' yang namanya aqil. aqil ini jugak anak kepada kawan sepejabat saya. mereka dijaga oleh akak XYZ (maaf, saya lupa nama orang yang menjaga meraka ni, maafkan saya).
Setakat ini adalah 5-6 kali (lebih kurang ler..) saya berjumpa dengan qaisara. apabila berjumpa dengan qaisara, saya suka mengagah dia dengan nama 'ita' sebab muka dia saling tak tumpah dengan muka ibu dia. 'ita...ita..ita..' itulah yang selalu agah dia. setiap kali saya agah dia, mesti dia senyum. bila dia senyum, mukanya sama ngan muka ayah dia. cute muka dia. nanti klu ibu dia bagi gambar 'cute' qaisara, saya akan letak di sini lagi.
Aqil lahir pada 17.05.08, 2 minggu selepas LOMOI lahir. Sebenarnya, nama aqil dan ukaiil(LOMOI) adalah sama ejaan jawi nya iaitu ain, khaf, ya, lam. yang membezakan ialah barisnya yang mana ukaiil adalah ain baris hadapan, aqil ialah ain baris atas. Aqil ni putih walaupun 'parents' dia biasa-biasa ajer. kata mama aqil, keluarga ayah aqil semuanya putih2, mungkin sebab tu aqil putih. perwatakan aqil dan LOMOI adalah hampir sama. mungkin diorang ni satu zodiak, bulan & tahun yang sama. saya masih ingat yang mama aqil menulis 'kita lumba nak?' di kad ucapan perkahwinan saya. walaupun saya menang 2 minggu, tapi mama aqil berjaya merapatkan jurang agar tak nampak sangat jarak perpisahannya. apapun di sini, saya dan bonda LOMOI amat gembira kerana LOMOI sememangnya sudah menpunyai kawan untuk bermain apabila 2 keluarga ini berjumpa. tak sabar nak tgk mereka berlari-berlari sambil kami 'parents'-'parents' menjerit 'AQIIIILL, UKAAAIIILL'. :D
nampaknya kisah aqil dah LOMOI lebih panjang dari kisah qaisara, camni ni? hehehehe. disini saya mendoakan agar LOMOI, QAISARA & AQIL dapat membesar dalam suasana keluarga yang harmoni, bahagia dan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. kat bawah ni ader qambar qaisara dan aqil. pada ibu qaisara n mama aqil, saya nak minta maaf sebab gambar ni jer yang saya ader. saper suruh korang bagi lambat gambar qaisara n aqil. :p





QAISARA





AQIL

ni gambar terbaru yg saya dapat dari ibu qaisara. tomeyyyy..!


mama aqil, mana gambar aqil?

setelah mem'provok' mama aqil, akhirnya dapat juga gambar aqil yang putih tu. :p. sebenarnya, aqil skang dah botak, ala-ala david beckham gitu. :D



ni gambar aqil yang telah botak, betul ker cam david beckham, biarlah mam aqil jawab. saya cuma leh jawab kat mama aqil, masa takkan tamat sampai bila-bila. :D


3 comments:

Anonymous said...

Sejak bila Mat Sahid nulis blog nie?

http://hafizudin.com

Ulwan Lomooi said...

sejak 11.10.08. hehehe..

zahidah seran said...

uhuk2..jelesnya daku....

Powered By Blogger